Kau tengah scroll TikTok, tiba-tiba nampak job opening. Tapi satu masalah… resume pun belum ada!
Kalau rasa pening nak mula, jangan risau. Artikel ni khas untuk Gen Z yang nak cari kerja tapi tak nak pening kepala buat resume yang berjela & penuh jargon.
2025 ni bukan zaman resume penuh ayat bunga. Majikan nak tengok siapa kau, apa kau boleh buat, dan kau serius ke tak nak kerja tu.
π Apa Yang Bezakan Resume Gen Z Dengan Yang Lama?
Resume sekarang dah berubah. Gen Z macam kita nak:
✅ Straight to the point
✅ Guna design minimal
✅ Guna bahasa yang natural tapi masih profesional
✅ Highlight skill yang relevan, walaupun takde pengalaman kerja
Takde pengalaman kerja? Takpe. Kau ada pengalaman hidup & belajar, itu pun boleh jadi nilai!
π Format Resume Paling Selamat & Senang Nak Guna
Resume korang tak perlu lebih 1 muka surat. Kita nak bagi HR tengok & faham dalam masa 30 saat pertama.
Gaya resume:
-
Font: Inter, Calibri, Arial
-
Saiz: 11-12
-
Warna: Hitam + 1 warna highlight je (macam biru/kelabu)
-
Format: PDF, bukan Word
-
Susunan:
-
Maklumat Diri
-
Objektif Ringkas
-
Pendidikan
-
Kemahiran
-
Pengalaman (kalau ada)
-
Bahasa
-
Hobi / Minat (optional)
-
✍️ Contoh Kandungan Resume Gen Z 2025
1. Maklumat Diri
2. Objektif
“Saya sedang mencari peluang kerja pertama untuk belajar, bina pengalaman, dan sumbangkan semangat kerja saya kepada pasukan.”
3. Pendidikan
SPM – SMK Seksyen 19, Shah Alam
Tahun Tamat: 2023
-
BM, BI, Matematik, Sains, Sejarah – Lulus
4. Kemahiran
-
Boleh guna Microsoft Word, Canva & Google Docs
-
Basic edit video (CapCut, VN)
-
Pandai buat konten TikTok / Instagram
-
Boleh kerja dalam team & cepat belajar
-
Lesen motor (B2) & motor sendiri
5. Pengalaman (Kalau Ada)
Crew Restoran Mamak Kita (Jan – Mac 2024)
-
Ambil pesanan, susun meja
-
Kawal order waktu peak hour
-
Urus bayaran pelanggan
Pengalaman Lain:
-
AJK Majlis Tamat Sekolah
-
Jual kerepek homemade online
6. Bahasa
-
Bahasa Melayu: Fasih
-
Bahasa Inggeris: Boleh faham & guna asas
7. Minat / Hobi (Optional)
-
Suka edit video pendek
-
Minat bisnes kecil
-
Aktif sosial media
π Bila Resume Dah Siap, Nak Hantar Kat Mana?
-
Kilang, kedai runcit, fast food, 7E, Mr DIY
-
Shopee seller, warehouse, delivery hub
-
Online job platform – Maukerja, Jobstreet, FastJobs
-
Atau DM terus kedai kat TikTok/Instagram!
π£️ Ayat Ringkas Bila Nak Hantar Resume
Nak hantar resume terus kat WhatsApp atau DM? Guna skrip ni:
"Hai, saya [nama]. Saya berminat nak mohon kerja di [nama tempat]. Saya dah sertakan resume untuk rujukan. Harap dapat pertimbangan. Terima kasih!"
Ambil langkah pertama ke arah kerjaya impian anda hari ini.
Kami boleh tolong buatkan resume anda! Klik sini untuk maklumat lanjut dan mulakan transformasi anda:
Jangan lupa share dengan kawan-kawan atau ahli keluarga yang tengah mencari kerja.
Semoga berjaya dapat kerja idaman anda!

Comments
Post a Comment