“Saya tak ada pengalaman langsung… Macam mana nak buat resume?”
Soalan ni paling banyak budak Gen Z tanya bila nak apply kerja especially lepas habis SPM, atau tengah tunggu result, atau baru je grad.
Don’t worry. Semua orang mula dari kosong. Tapi resume tu tetap kena ada sebab resume = tiket nak masuk interview.
So, jom kita real talk. Ini cara tulis resume walaupun kau zero experience tapi masih nampak macam ada effort, yakin, dan boleh buat HR fikir “budak ni boleh diajar.”
✅ Pertama: Jangan Panik Bila Kosong
Tak ada pengalaman kerja tak bermaksud tak ada apa-apa.
Apa-apa pun yang kau pernah buat — kerja part-time, jaga adik, tolong mak jual kuih, join event sekolah, tolong cikgu buat slide — itu semua pengalaman hidup yang boleh diubah jadi "kerja".
🎯 Format Resume Untuk Orang Yang Baru Nak Mula
Format ni clean & sesuai untuk:
-
Lepasan SPM
-
Pelajar kolej / universiti
-
Orang yang baru nak masuk dunia kerja
1. Maklumat Diri
Contoh:
Tak payah ayat drama. Cukup tunjuk minat & semangat nak belajar.
“Saya sedang mencari peluang pekerjaan pertama untuk membina pengalaman dan menyumbang tenaga kepada syarikat dengan semangat kerja yang tinggi dan sikap ingin belajar.”
3. Pendidikan
Contoh:
SPM :_
Tamat 2023
-
Bahasa Melayu: A
-
Sejarah: A
-
Matematik: B+
Kalau ada kursus pendek (Shopee, YouTube, TikTok belajar Canva/Excel dll), boleh letak juga:
Kursus Asas Canva – YouTube (2024)
Webinar: Personal Branding untuk Gen Z – TikTok Live (2023)
4. Kemahiran (Skills)
Highlight kemahiran yang boleh diguna terus dalam kerja.
Contoh:
-
Pandai guna Canva untuk buat poster
-
Basic Microsoft Word & Excel
-
Komunikasi baik, mesra pelanggan
-
Suka kerja berkumpulan & boleh belajar cepat
5. Pengalaman Tak Formal
Walaupun tak kerja rasmi, tetap boleh kira.
Contoh:
Tolong Ibu Berniaga Kuih (2022–2023)
-
Ambil order melalui WhatsApp
-
Susun penghantaran
-
Buat posting promosi guna Canva
AJK Minggu Bahasa Sekolah (2023)
-
Urus aktiviti pertandingan pantun
-
Jadi MC majlis penutup
-
Rekod markah & bantu cikgu buat laporan
6. Bahasa
Contoh:
-
Bahasa Melayu – Fasih
-
Bahasa Inggeris – Asas lisan & tulisan
7. Minat & Hobi (Optional Tapi Menarik)
Contoh:
-
Minat buat konten TikTok info sekolah
-
Suka reka kad ucapan di Canva
-
Suka bantu kawan buat assignment PowerPoint
Assalamualaikum & hi, saya [nama]. Saya berminat nak mohon kerja sebagai [jawatan] di [nama syarikat]. Resume saya dilampirkan untuk pertimbangan. Terima kasih atas peluang ini.
Perlukan bantuan untuk membina resume power anda sendiri yang terkini?
Kami boleh tolong buatkan resume anda!
Klik sini untuk dapatkan khidmat profesional kami dan buka pintu peluang kerjaya anda

Comments
Post a Comment