Skip to main content

Jangan Overthinking, Buat Resume Simple Macam Ni Pun Dah Cukup Power"

 


Bila masuk bab buat resume, ramai mula gelabah.
“Eh aku nak letak apa?”
“Tak ada pengalaman kot…”
“Nak buat dalam Word ke Canva?”

Sampai ada yang fikir kena ada design lawa, pengalaman kerja bertahun-tahun, baru HR pandang. Tapi sebenarnya, resume yang simple pun boleh power, asal kau tahu apa nak tulis.

Kalau kau tengah blur tak tahu nak mula, artikel ni memang untuk kau. Kita breakdown step by step cara buat resume simple, yang real, jujur & terus kena pada mata HR. Tak payah overthinking, kita keep it chill & clean.

🚨 First – Kenapa Resume Penting Gila?

Resume ni bukan sekadar kertas info. Dia macam “tiket masuk” ke dunia kerja. HR atau bos yang tengok tu bukan kenal kau pun. Tapi bila dia tengok resume yang simple, jelas & jujur — dia boleh nampak:

  • Korang serious nak kerja

  • Korang bersedia belajar

  • Korang tahu basic susun maklumat diri

Dan kalau resume korang senang baca, chance nak dipanggil interview tu makin tinggi.


✅ Apa Yang WAJIB Ada Dalam Resume?

Tak payah panjang berjela, cukup 1 muka surat. Asalkan ada lima benda ni:

1. Maklumat Diri

Letak nama penuh, no telefon, emel & lokasi tempat tinggal. Jangan lupa guna emel yang nampak matang.

Contoh:

Nama:
Telefon:
Email:
Lokasi:


2. Objektif Kerjaya

Ni tempat nak tunjuk niat & mindset kau. Tulis dalam 1–2 ayat je.

Contoh:

Saya sedang mencari peluang pekerjaan untuk tambah pengalaman & belajar kemahiran baru. Saya cepat faham, suka belajar dan sanggup kerja dalam team.


3. Pendidikan

Tulis yang terbaru je. Kalau ada SPM je pun takpe, tulis dengan yakin.

Contoh:

  • SPM – SMK Dato’ Taha, 2022

    • Lulus: BM, BI, Matematik, Sejarah

Kalau ada sijil tambahan:

  • SKM Tahap 2 – Asas Komputer, Kolej Komuniti Melaka, 2023


4. Pengalaman Kerja (Kalau Ada)

Pernah kerja part time? Tolong mak berniaga? Semua tu valid. Tulis ikut format ni:

Jawatan – Tempat (Tarikh)

  • Apa tugas kau

Contoh:
Cashier, Mydin Ayer Keroh (Dis 2023 – Feb 2024)

  • Layan pelanggan & urus pembayaran

  • Susun barang atas rak

  • Cuci kawasan kerja ikut SOP

Tak ada pengalaman langsung? Tulis aktiviti masa sekolah pun boleh:

  • AJK Majlis Graduasi 2022

  • Pengawas Sekolah – urus kehadiran pelajar


5. Kemahiran

Senaraikan benda yang kau boleh buat – walaupun basic.

Contoh:

  • Mahir guna Word, Canva & Google Docs

  • Pandai edit gambar/video simple

  • Boleh kerja dalam team

  • Ada lesen motor (B2) & motor sendiri

Fun fact: HR suka kalau orang ada kenderaan sendiri – senang urus kerja.

 🧠 Last Words: Simple ≠ Lemah

Ingat ni: simple tak bermaksud lemah.
Kadang resume yang chill, kemas dan jujur lagi mudah lekat dekat hati HR.

So stop overthinking. Buka laptop, ikut format ni, tulis seikhlasnya, dan hantar dengan yakin. HR tak cari perfect – mereka cari orang yang boleh belajar dan boleh kerja.

Kalau kau nak template Word/Canva yang boleh edit sendiri, komen je kat bawah “NAK RESUME SIMPLE” — kita tolong bagi 😎

Perlukan bantuan untuk membina resume power anda sendiri yang terkini?

Kami boleh tolong buatkan resume anda!

Klik sini untuk dapatkan khidmat profesional kami dan buka pintu peluang kerjaya anda

https://mylink.la/bantuanek 

Comments

Popular posts from this blog

Contoh Resume Terbaik Terkini 2025: Panduan Lengkap untuk Menarik Perhatian Majikan!

Dalam dunia pekerjaan yang semakin pantas dan kompetitif pada tahun 2025 ini, resume anda bukan lagi sekadar senarai jawatan yang pernah anda pegang. Ia adalah dokumen pemasaran peribadi anda yang paling penting – 'elevator pitch' anda di atas kertas! Jika resume anda masih menggunakan format lama atau tidak menonjolkan nilai sebenar anda, besar kemungkinan ia akan terlepas pandang di kalangan ribuan permohonan yang lain. Jadi, apa sebenarnya yang menjadikan sebuah resume itu 'terbaik' dan 'terkini' pada tahun 2025? Mari kita selami lebih mendalam. Prinsip Utama Resume Terbaik Terkini 2025: Berorientasikan Hasil & Impak (Bukan Tugas Semata): Majikan ingin tahu apa yang anda capai, bukan hanya apa yang anda lakukan. Mesra ATS (Applicant Tracking System): Format dan kata kunci yang sesuai untuk sistem saringan awal. Ringkas, Jelas, & Padat: Mudah dibaca dan difahami dalam masa beberapa saat. Menonjolkan Kemahiran Relevan: Fokus pada 'hard skills...

Resume 2025 Versi Gen Z Tak Serabut, Terus Dapat Kerja

Kau tengah scroll TikTok, tiba-tiba nampak job opening. Tapi satu masalah… resume pun belum ada! Kalau rasa pening nak mula, jangan risau. Artikel ni khas untuk Gen Z yang nak cari kerja tapi tak nak pening kepala buat resume yang berjela & penuh jargon. 2025 ni bukan zaman resume penuh ayat bunga. Majikan nak tengok siapa kau, apa kau boleh buat, dan kau serius ke tak nak kerja tu.

5 Perkara Wajib Ada Dalam Resume Kalau Nak HR Pandang

  Nak buat resume bukan sekadar cantik  yang penting, HR nak baca dan faham dalam masa kurang 30 saat. Yes, betul. HR tak ada masa nak baca panjang-panjang, lagi-lagi kalau resume tu serabut, kosong, atau nampak macam copy paste dari Google. So kalau kau tengah buat resume (atau tengah plan nak mula), make sure resume kau ada 5 benda penting ni. Tanpa lima ni, memang susah nak lekat kat mata HR. 💡 1. Maklumat Diri Yang Lengkap & Senang Dicari Kau tak percaya berapa ramai orang hantar resume tapi lupa letak nombor telefon. Atau email salah taip. Apa nak ada kat sini? Nama penuh (huruf besar semua pun ok, janji kemas) Nombor telefon aktif (yang WhatsApp boleh masuk) Email yang nampak profesional (contoh: amir.firdaus@gmail.com , bukan abangotai95@yahoo.com ) Lokasi (cukup tulis daerah & negeri: contoh, Johor Bahru, Johor) Link ke portfolio (jika ada macam Behance, GitHub, TikTok, Instagram kerja) ✅ Tips Extra: Jangan letak IC number, alamat rumah pen...