Skip to main content

Resume Kerja Paling Chill Tapi Still Nampak Smart & Melekat Kat Hati HR

 


Let’s be real. Buat resume tu nampak senang, tapi bila duduk depan laptop — otak terus blank. Nak tulis apa? Gaya formal ke casual? Kalau tak ada pengalaman kerja langsung, letak apa?

Relax geng. Artikel ni ditulis khas untuk korang yang:

  • Baru nak mula cari kerja

  • Tak pernah buat resume langsung

  • Nak resume yang simple, chill tapi still nampak “smart”

  • Tak suka benda complicated

🔥 So… Resume Ni Sebenarnya Untuk Apa?

Sama macam bio IG atau profil TikTok, resume ni “first impression” korang kat HR. Sekali tengok, dia nak tahu:

  • Siapa korang

  • Ada pengalaman kerja ke tak

  • Boleh buat kerja ke

  • Macam mana attitude korang secara tak langsung

Dan paling penting — resume tu mesti buat HR rasa,

“Eh budak ni boleh try panggil interview, nampak okay…”

 

1. Maklumat Diri

Letak yang basic je. Tak payah panjang berjela.

Contoh:

Nama: 

Lokasi: 

No Telefon: 

Emel: 

⚠️ Reminder: Emel tu biar nampak matang sikit. Jangan “sugargirl98@gmail.com” ya 🤭


2. Objektif Kerjaya (Career Objective)

Ni part penting untuk korang “tackle” hati HR.

Keep it real. Tak payah pura-pura nak jadi CEO esok. Tulis dengan niat sebenar.

           Contoh:

Saya sedang mencari kerja untuk menambah pengalaman dan belajar perkara baru dalam    suasana kerja sebenar. Saya cepat belajar dan suka explore benda baru.

          Atau:

          Saya minat kerja berkaitan pelanggan dan ingin bangunkan skil komunikasi sambil cari                            pengalaman kerja pertama.


3. Pendidikan

Tulis yang latest je. Kalau korang ada SPM, tulis tu. Kalau ada sijil tambahan macam SKM atau kursus pendek, tambah sekali.

Contoh:

  • SPM – SMK Seri Budi, 2022

    • Lulus: BM, BI, Matematik, Sejarah

Atau:

  • Sijil SKM Tahap 2 – Asas Rangkaian Komputer (Kolej Komuniti Alor Setar, 2023)


4. Pengalaman Kerja (Kalau Ada)

Even kerja part time, volunteer, atau tolong bisnes mak pun valid! Tulis ikut format ni:

Nama jawatan, tempat kerja (bulan & tahun)

  • Apa korang buat kat situ (bullet point)

Contoh:

Crew Watsons, Aman Central (Jan 2024 – Mac 2024)

  • Susun stok & uruskan pelanggan

  • Jaga kaunter dan bantu promosi

  • Buat laporan stok harian

Kalau tak pernah kerja, tulis pengalaman dari aktiviti sekolah pun okay:

  • Pengawas Sekolah – urus disiplin & event

  • AJK Multimedia – buat slide untuk majlis rasmi


5. Kemahiran (Skills)

Letak je apa yang korang tahu buat. Jangan takut nak “claim” benda yang memang korang pandai.

Contoh:

  • Mahir Microsoft Word & Canva

  • Pandai edit video guna CapCut

  • Boleh handle TikTok & IG untuk bisnes

  • Mesra pelanggan & boleh kerja dalam team

  • Lesen B2 (motor) – ada kenderaan sendiri

Ambil langkah pertama ke arah kerjaya impian anda hari ini.

Kami boleh tolong buatkan resume anda! Klik sini untuk maklumat lanjut dan mulakan transformasi anda: https://mylink.la/bantuanek


Jangan lupa share dengan kawan-kawan atau ahli keluarga yang tengah mencari kerja. 

Semoga berjaya dapat kerja idaman anda!

Comments

Popular posts from this blog

Contoh Resume Terbaik Terkini 2025: Panduan Lengkap untuk Menarik Perhatian Majikan!

Dalam dunia pekerjaan yang semakin pantas dan kompetitif pada tahun 2025 ini, resume anda bukan lagi sekadar senarai jawatan yang pernah anda pegang. Ia adalah dokumen pemasaran peribadi anda yang paling penting – 'elevator pitch' anda di atas kertas! Jika resume anda masih menggunakan format lama atau tidak menonjolkan nilai sebenar anda, besar kemungkinan ia akan terlepas pandang di kalangan ribuan permohonan yang lain. Jadi, apa sebenarnya yang menjadikan sebuah resume itu 'terbaik' dan 'terkini' pada tahun 2025? Mari kita selami lebih mendalam. Prinsip Utama Resume Terbaik Terkini 2025: Berorientasikan Hasil & Impak (Bukan Tugas Semata): Majikan ingin tahu apa yang anda capai, bukan hanya apa yang anda lakukan. Mesra ATS (Applicant Tracking System): Format dan kata kunci yang sesuai untuk sistem saringan awal. Ringkas, Jelas, & Padat: Mudah dibaca dan difahami dalam masa beberapa saat. Menonjolkan Kemahiran Relevan: Fokus pada 'hard skills...

Resume 2025 Versi Gen Z Tak Serabut, Terus Dapat Kerja

Kau tengah scroll TikTok, tiba-tiba nampak job opening. Tapi satu masalah… resume pun belum ada! Kalau rasa pening nak mula, jangan risau. Artikel ni khas untuk Gen Z yang nak cari kerja tapi tak nak pening kepala buat resume yang berjela & penuh jargon. 2025 ni bukan zaman resume penuh ayat bunga. Majikan nak tengok siapa kau, apa kau boleh buat, dan kau serius ke tak nak kerja tu.

5 Perkara Wajib Ada Dalam Resume Kalau Nak HR Pandang

  Nak buat resume bukan sekadar cantik  yang penting, HR nak baca dan faham dalam masa kurang 30 saat. Yes, betul. HR tak ada masa nak baca panjang-panjang, lagi-lagi kalau resume tu serabut, kosong, atau nampak macam copy paste dari Google. So kalau kau tengah buat resume (atau tengah plan nak mula), make sure resume kau ada 5 benda penting ni. Tanpa lima ni, memang susah nak lekat kat mata HR. 💡 1. Maklumat Diri Yang Lengkap & Senang Dicari Kau tak percaya berapa ramai orang hantar resume tapi lupa letak nombor telefon. Atau email salah taip. Apa nak ada kat sini? Nama penuh (huruf besar semua pun ok, janji kemas) Nombor telefon aktif (yang WhatsApp boleh masuk) Email yang nampak profesional (contoh: amir.firdaus@gmail.com , bukan abangotai95@yahoo.com ) Lokasi (cukup tulis daerah & negeri: contoh, Johor Bahru, Johor) Link ke portfolio (jika ada macam Behance, GitHub, TikTok, Instagram kerja) ✅ Tips Extra: Jangan letak IC number, alamat rumah pen...