Skip to main content

Tak Tahu Nak Start Kat Mana? Ini Contoh Resume Simple Untuk Budak Baru Nak Up

 


Nak cari kerja tapi tak tahu nak mula kat mana? Resume pun belum pernah buat, apatah lagi nak hantar dekat HR. Chill geng, kau bukan sorang. Ramai je tengah dalam fasa sama – baru habis sekolah, baru lepas intern, atau tengah first time nak apply kerja part time atau full time.

Artikel ni khas untuk budak-budak baru nak up. Yang mungkin tak banyak pengalaman, tapi ada semangat nak mula kerja. Kita akan explain satu-satu macam mana nak buat resume simple yang nampak kemas, jujur & meyakinkan. Tak payah tunggu jadi pro baru nak apply kerja. Biar resume simple asalkan niat kita jelas dan usaha nampak.


Kenapa Resume Penting?

HR atau bos yang buka jawatan kosong, tak kenal pun siapa kita. So, resume ni jadi “first impression” kita. Dalam 1 helai tu, kita nak tunjuk:

  • Siapa kita

  • Kita pernah buat apa

  • Kita tahu basic kerja

  • Kita bersedia nak belajar

Jangan fikir resume kena fancy gila. Simple tapi straight to the point jauh lagi power.

Apa Yang Kena Ada Dalam Resume?

Tak perlu complicated. Yang penting ada 5 benda ni:

1. Maklumat Diri

Letak yang basic je. Nama penuh, nombor telefon, alamat (cukup daerah & negeri), dan emel yang elok.

⚠️ Reminder: Jangan guna emel pelik-pelik macam “babycomel88@hotmail.com”. Guna emel yang profesional sikit macam nama sendiri.

          Nama: 

          Alamat: 

          Telefon: 

          Emel:  


      2. Objektif Kerjaya (Career Objective)

              Ini ruang untuk kau tulis niat kau apply kerja. Tak payah panjang-panjang, 1–2 ayat pun cukup.

           Contoh:

“Saya ingin mencari pengalaman kerja dalam bidang jualan dan perkhidmatan pelanggan. Saya sedia belajar dan bekerja dalam pasukan.”

           Atau:

“Saya seorang yang rajin, mudah faham arahan dan berminat untuk bekerja sambilan sambil menambah kemahiran.”

 

      3. Pendidikan (Academic Background)

            Susun ikut paling terkini dulu. Tak perlu semua, cukup yang latest dan relevant.

            Contoh:

  • SPM – SMK Dato’ Harun, 2022

    • Subjek lulus: BM, BI, Matematik, Sejarah

           Kalau ada sijil kemahiran atau kursus pendek, letak juga.

  • SKM Tahap 2 – Teknologi Komputeran, Kolej Komuniti Klang (2023)


       4. Pengalaman (Kalau Ada)

              Tak kisah kerja apa pun, kalau pernah kerja – tulis. Even kerja masa cuti sekolah pun valid.

           Contoh:

           Crew KFC, Aeon Shah Alam (Jan 2023 – Mac 2023)

  • Sediakan makanan & bungkus pesanan

  • Layan pelanggan & bersihkan kaunter

  • Ikut SOP kerja dengan team

             Kalau tak pernah kerja langsung, tulis pengalaman lain yang menunjukkan tanggungjawab.                Contohnya:

  • AJK Program Kem Kepimpinan Sekolah 2022

  • Tolong bisnes kecil keluarga (packing barang, update IG)


      5. Kemahiran (Skills)

         Senaraikan apa yang kau pandai buat. Tak semestinya teknikal – soft skill pun boleh.

        Contoh:

  • Boleh guna Microsoft Word & Canva

  • Pandai buat konten TikTok/IG

  • Boleh kerja dalam team

  • Cepat faham & rajin belajar

  • Ada Lesen B2 & motor sendiri


    Last Words — Simple Je Tapi Nampak Serius

      Kalau kau baru nak mula kerja, tak salah pun resume kau nampak basic. Yang penting:

    ✅ Format kemas
    ✅ Info jelas
    ✅ Nampak effort
    ✅ Jujur & real

   Jangan takut nak hantar. Tak perlu tunggu perfect baru try. Hantar resume, join interview, kumpul           pengalaman – itu cara paling best untuk grow.

   Kalau nak saya share template Word resume simple yang boleh kau edit sendiri, tinggalkan komen       kat bawah. Kita bantu satu sama lain 💪🏼

Perlukan bantuan untuk membina resume power anda sendiri yang terkini?

Kami boleh tolong buatkan resume anda!

Klik sini untuk dapatkan khidmat profesional kami dan buka pintu peluang kerjaya anda

https://mylink.la/bantuanek 


Comments

Popular posts from this blog

Contoh Resume Terbaik Terkini 2025: Panduan Lengkap untuk Menarik Perhatian Majikan!

Dalam dunia pekerjaan yang semakin pantas dan kompetitif pada tahun 2025 ini, resume anda bukan lagi sekadar senarai jawatan yang pernah anda pegang. Ia adalah dokumen pemasaran peribadi anda yang paling penting – 'elevator pitch' anda di atas kertas! Jika resume anda masih menggunakan format lama atau tidak menonjolkan nilai sebenar anda, besar kemungkinan ia akan terlepas pandang di kalangan ribuan permohonan yang lain. Jadi, apa sebenarnya yang menjadikan sebuah resume itu 'terbaik' dan 'terkini' pada tahun 2025? Mari kita selami lebih mendalam. Prinsip Utama Resume Terbaik Terkini 2025: Berorientasikan Hasil & Impak (Bukan Tugas Semata): Majikan ingin tahu apa yang anda capai, bukan hanya apa yang anda lakukan. Mesra ATS (Applicant Tracking System): Format dan kata kunci yang sesuai untuk sistem saringan awal. Ringkas, Jelas, & Padat: Mudah dibaca dan difahami dalam masa beberapa saat. Menonjolkan Kemahiran Relevan: Fokus pada 'hard skills...

Resume 2025 Versi Gen Z Tak Serabut, Terus Dapat Kerja

Kau tengah scroll TikTok, tiba-tiba nampak job opening. Tapi satu masalah… resume pun belum ada! Kalau rasa pening nak mula, jangan risau. Artikel ni khas untuk Gen Z yang nak cari kerja tapi tak nak pening kepala buat resume yang berjela & penuh jargon. 2025 ni bukan zaman resume penuh ayat bunga. Majikan nak tengok siapa kau, apa kau boleh buat, dan kau serius ke tak nak kerja tu.

5 Perkara Wajib Ada Dalam Resume Kalau Nak HR Pandang

  Nak buat resume bukan sekadar cantik  yang penting, HR nak baca dan faham dalam masa kurang 30 saat. Yes, betul. HR tak ada masa nak baca panjang-panjang, lagi-lagi kalau resume tu serabut, kosong, atau nampak macam copy paste dari Google. So kalau kau tengah buat resume (atau tengah plan nak mula), make sure resume kau ada 5 benda penting ni. Tanpa lima ni, memang susah nak lekat kat mata HR. 💡 1. Maklumat Diri Yang Lengkap & Senang Dicari Kau tak percaya berapa ramai orang hantar resume tapi lupa letak nombor telefon. Atau email salah taip. Apa nak ada kat sini? Nama penuh (huruf besar semua pun ok, janji kemas) Nombor telefon aktif (yang WhatsApp boleh masuk) Email yang nampak profesional (contoh: amir.firdaus@gmail.com , bukan abangotai95@yahoo.com ) Lokasi (cukup tulis daerah & negeri: contoh, Johor Bahru, Johor) Link ke portfolio (jika ada macam Behance, GitHub, TikTok, Instagram kerja) ✅ Tips Extra: Jangan letak IC number, alamat rumah pen...