Ramai fresh grad rasa dia tak cukup pengalaman untuk apply kerja. Padahal, korang lupa satu benda: internship korang tu valid gila untuk letak dalam resume . Lagi-lagi kalau korang pernah intern kat tempat yang betul-betul buat kerja (bukan fotostat semata). Kalau korang pernah: Intern lebih dari sekali, Buat kerja yang real (bukan tengok je), Belajar tools atau sistem tertentu masa intern, …korang dah ahead dari ramai orang. Tinggal nak susun je dalam resume supaya recruiter nampak. ✅ Macam Mana Nak Guna Intern Dalam Resume? 1. Letak Bawah Seksyen “Pengalaman” Internship layak masuk pengalaman kerja, sebab korang dah apply kemahiran kat tempat sebenar. Susun ikut format: Jawatan Intern | Nama Syarikat | Tempoh Apa yang korang buat Tools yang korang guna Apa yang korang capai atau bantu Contoh: Intern, Digital Marketing | XYZ Media Sdn Bhd | Jan – Mac 2024 Rancang dan urus kandungan media sosial syarikat (IG & TikTok) Gunakan Meta Business Suite untuk jadualkan post Naikkan engagem...