Ramai fresh grad rasa dia tak cukup pengalaman untuk apply kerja. Padahal, korang lupa satu benda: internship korang tu valid gila untuk letak dalam resume. Lagi-lagi kalau korang pernah intern kat tempat yang betul-betul buat kerja (bukan fotostat semata).
Kalau korang pernah:
Intern lebih dari sekali,
Buat kerja yang real (bukan tengok je),
Belajar tools atau sistem tertentu masa intern,
…korang dah ahead dari ramai orang. Tinggal nak susun je dalam resume supaya recruiter nampak.
✅ Macam Mana Nak Guna Intern Dalam Resume?
1. Letak Bawah Seksyen “Pengalaman”
Internship layak masuk pengalaman kerja, sebab korang dah apply kemahiran kat tempat sebenar. Susun ikut format:
Jawatan Intern | Nama Syarikat | Tempoh
Apa yang korang buat
Tools yang korang guna
Apa yang korang capai atau bantu
Contoh: Intern, Digital Marketing | XYZ Media Sdn Bhd | Jan – Mac 2024
Rancang dan urus kandungan media sosial syarikat (IG & TikTok)
Gunakan Meta Business Suite untuk jadualkan post
Naikkan engagement IG sebanyak 27% dalam masa 2 bulan
Tips: Kalau korang intern 3 bulan tapi buat banyak, pastikan highlight result. Recruiter suka tengok impact, bukan list tugasan kosong.
2. Guna “Ringkasan Diri” Untuk Tunjuk Arah
Ramai fresh grad buat kesilapan letak ayat karangan panjang. Sebenarnya, buat simple dan target:
Lepasan Ijazah Komunikasi Massa dengan pengalaman internship dalam digital marketing & media sosial. Mahir menggunakan Canva, Meta Ads dan TikTok Editing. Berminat cari peluang sebagai Content Executive di agensi kreatif yang aktif.
Kau bagi hint terus dekat recruiter, kau apply kerja apa & kenapa sesuai.
3. Highlight Tools & Soft Skills Yang Kau Dapat Masa Intern
Ni antara benda yang akan buat resume kau nampak lebih 'berisi'.
Contoh:
Canva
Google Workspace (Docs, Sheets, Slides)
Meta Ads Manager
Customer service
Komunikasi pasukan
Kemahiran buat presentation
Letak dalam bahagian Kemahiran.
4. Kalau Intern Banyak – Pilih Yang Relevan Je
Kalau kau intern 3 tempat tapi kau nak kerja bidang sales pilih pengalaman intern yang paling berkait. Tak perlu letak semua, nanti resume jadi serabut.
Contoh:
Kau pernah intern:
Bahagian HR
Bahagian Retail
Bahagian Marketing
Kalau kau nak kerja dalam marketing, letak marketing + retail (sebab still berkait dengan pelanggan). HR tu boleh skip, atau ringkaskan dalam satu line.
5. Combine Semua Internship Dalam 1 Resume Tapi Jangan Panjang Lebih 2 Muka Surat
Fresh grad tak perlu 3-4 muka surat. Resume yang padat dan senang baca lebih power. Kalau internship banyak:
Letak pengalaman paling relevan dulu
Gunakan bullet points yang tepat
Jangan ulang ayat sama untuk semua tempat intern
6. Guna Tajuk Yang Tepat Untuk Jawatan
Kalau nak apply kerja sales — jangan tulis “Nak kerja apa-apa pun okay”. Tulis ikut kerja yang kau target. Resume bukan tempat nak nampak pasrah.
Contoh:
Objective: Mencari peluang dalam bidang jualan & khidmat pelanggan untuk gunakan pengalaman internship retail dalam membina kemahiran komunikasi dan closing sales.
7. Tambah Sijil atau Projek Masa Belajar
Kalau ada sijil online (contoh: Google Digital Garage, Shopee Seller Workshop, Microsoft Excel) masukkan! Ini menunjukkan kau ada inisiatif.
Atau kau boleh letak: Projek Tahun Akhir | Tajuk | 2023
Kaji strategi pemasaran Shopee untuk F&B tempatan
Guna data analytics untuk analisa jualan & trend
8. Jangan Guna Ayat “Saya Seorang Yang Bertanggungjawab…”
Ayat cliché ni recruiter dah tengok seribu kali. Tunjuk tanggungjawab melalui kerja yang kau dah buat.
Contoh:
"Urus kempen promosi sempena Hari Raya bersama pasukan – berjaya capai RM15K jualan dalam 2 minggu."
Nampak tanggungjawab & result terus.
Ambil langkah pertama ke arah kerjaya impian anda hari ini.
Kami boleh tolong buatkan resume anda! Klik sini untuk maklumat lanjut dan mulakan transformasi anda:
Jangan lupa share dengan kawan-kawan atau ahli keluarga yang tengah mencari kerja.
Semoga berjaya dapat kerja idaman anda!

Comments
Post a Comment