Cara Tulis Resume Tanpa Canva Tapi Masih Nampak Smart
Tak semua orang ada masa nak cari template resume yang lawa. Kadang kau just nak apply kerja cepat, tapi tetap nak nampak macam "eh, budak ni tahu susun info, siap terus call interview."
Kalau kau jenis yang:
Tak reti guna Canva.
Tak minat design-design sangat.
Nak resume cepat & padat.
Artikel ni memang untuk kau.
1. Guna Microsoft Word (Atau Google Docs Pun Boleh)
Jangan risau kalau tak ada Canva. Resume yang clean & senang dibaca selalunya memang datang dari benda basic macam Word atau Google Docs je.
Tips penting:
Guna font Calibri, Arial, Helvetica – nampak moden & bersih.
Saiz font 11–12 untuk isi, 14–16 untuk nama/headline.
Bold yang penting, jangan semua kau highlight.
Gunakan spacing secukupnya. Jangan sumbat semua info dalam satu perenggan panjang.
Resume yang nampak teratur lebih mudah lekat dekat kepala HR walaupun tak ada warna-warni.
2. Bahagikan Resume Kepada 5 Seksyen Mudah
Kalau kau tak tahu nak letak apa follow je struktur ni:
a. Maklumat Diri
Nama, nombor telefon, email, alamat kawasan je cukup. Tak perlu IC atau tarikh lahir (melainkan syarikat minta).
b. Ringkasan Diri (Profile Ringkas)
2–3 ayat je: siapa kau, apa kau tahu buat, dan nak kerja apa. Contoh:
“Lepasan SPM yang bermotivasi tinggi dan cekap dalam kerja berpasukan. Mencari peluang dalam bidang retail untuk kembangkan pengalaman dalam pengurusan pelanggan dan operasi harian.”
c. Kemahiran (Skills)
Letak 4–6 skill sahaja, ikut kerja yang kau mohon. Boleh jadi hard skill (contoh: Microsoft Word) atau soft skill (contoh: Komunikasi).
d. Pengalaman / Latihan / Kerja Part Time
Kalau tak ada pengalaman rasmi, letak kerja freelance, bantu family, atau kerja komuniti pun boleh.
Contoh:
Crew Restoran | KFC Bayan Lepas | Jan–Mac 2024
Ambil order & jaga kaunter
Pastikan kawasan makan bersih
Latih staf baru selama 2 minggu
e. Pendidikan
Contoh:
SPM | SMK Seri Mutiara | 2023
BM, BI, Sejarah – Lulus
Aktif Kelab Multimedia Sekolah
Kalau kau ada sijil kemahiran, kursus pendek atau latihan boleh letak bawah bahagian ini.
3. Tak Ada Gambar Pun Takpe
Resume profesional tak wajib ada gambar. HR tak cari rupa, dia cari info. Kadang, gambar buat fail jadi berat & distract dari isi penting.
Kalau kerja tu tak minta gambar (contoh: admin, warehouse, retail), tak payah tambah. Fokuskan pada susunan dan isi.
4. Simpan Sebagai PDF, Bukan DOCX
Ini benda paling ramai terlepas pandang. Bila kau hantar resume dalam format .docx, kadang HR buka dekat sistem lain semua jadi berterabur.
📌 Sentiasa tekan Save As > PDF.
Dokumen nampak kemas dan tak akan berubah format.
Selain tu, PDF lebih "sealed" maksudnya info tak mudah diubah bila dihantar.
5. Letak Keyword Yang Berkaitan Dengan Iklan Jawatan
Contoh: Kalau kerja tu minta “boleh kerja shift & kerja dalam pasukan”, pastikan ayat tu masuk dalam resume kau (tapi olah elok-elok).
Contoh ayat:
“Boleh bekerja mengikut syif dan selesa bekerja dalam pasukan serta pantas belajar benda baru.”
Ni penting supaya resume kau lepas sistem saringan automatik (ATS) dan tak kena reject awal-awal. HR hari ni bukan semua baca satu-satu — kadang sistem tapis dulu.
6. Jangan Buat Resume Panjang
Resume untuk kerja biasa, entry-level, retail, admin, warehouse, dsb cukup 1 muka surat.
Jangan tulis macam karangan. HR tengok 6–10 saat je kadang. Kena tangkap perhatian cepat:
Bold tajuk
Guna bullet points
Susun kemas ikut kronologi
Guna spacing elok supaya senang baca
Resume bukan tempat kau nak tunjuk semua benda tapi tempat HR nampak kau ada potensi.
7. Email Resume Dengan Nama Fail Yang Betul
Ini pun ramai skip. Nama fail pun boleh bagi first impression. Jangan hantar:
❌ RESUME BARU FINAL LATEST UPDATE.docx
Guna format:
✅ Resume_AinaBintiAli_Admin.pdf
Nampak lagi profesional dan memudahkan HR cari fail tu dalam folder.
8. Cover Letter Tak Wajib Tapi Boleh Jadi Bonus
Kalau kau hantar email, tulis isi email tu sebagai mini cover letter:
Siapa kau
Jawatan apa kau nak apply
Kenapa kau berminat
Nyatakan resume dilampirkan
Contoh:
Assalamualaikum/Hi, saya Aina dan berminat untuk memohon jawatan Pembantu Tadbir seperti yang diiklankan. Saya lepasan SPM dengan pengalaman kerja retail dan admin. Resume saya dilampirkan untuk pertimbangan pihak tuan/puan. Terima kasih.
Satu perenggan pun cukup. Ini tunjuk effort dan bagi HR konteks.
Perlukan bantuan untuk membina resume power anda sendiri yang terkini?
Kami boleh tolong buatkan resume anda!
Klik sini untuk dapatkan khidmat profesional kami dan buka pintu peluang kerjaya anda

Comments
Post a Comment