Masih ramai pencari kerja, terutamanya lepasan sekolah atau graduan baru, yang rasa tak yakin nak tulis resume sendiri. Kadang-kadang bukan sebab tak pandai cuma tak tahu nak mula dari mana.
Kalau awak pun tengah blur dan tak pasti apa yang perlu ada dalam resume, artikel ini akan bantu anda dengan format resume yang selamat, mudah, dan tetap nampak profesional sesuai untuk dihantar kepada mana-mana majikan, sama ada syarikat besar, SME, atau sektor kerajaan.
Kenapa Format Resume Penting?
Resume ialah first impression majikan terhadap diri anda. Kalau resume anda tak kemas, terlalu panjang, tak fokus atau sukar difahami besar kemungkinan ia akan dilepaskan tanpa dibaca habis.
Majikan biasanya hanya ambil masa 6–10 saat pertama untuk tentukan sama ada mereka nak teruskan membaca atau tidak. Jadi, format resume yang teratur dan profesional akan bantu tingkatkan peluang untuk dipanggil ke sesi temuduga.
✅ Format Resume Selamat & Mudah: Bahagian Wajib
Berikut ialah bahagian-bahagian penting dan wajib ada dalam resume, lengkap dengan tips dan contoh ayat untuk setiap bahagian:
1. Maklumat Peribadi
Apa yang perlu ada:
-
Nama penuh
-
Nombor telefon (aktif & boleh dihubungi)
-
E-mel profesional
-
Lokasi tempat tinggal (contoh: Seremban, Negeri Sembilan)
❌ Elakkan letak nombor IC, agama, status kahwin dan gambar (melainkan diminta oleh majikan).
3. Pendidikan
Susun dari yang paling terkini ke paling lama. Hanya masukkan tahap pendidikan relevan, contohnya SPM, Diploma, Ijazah.
📌 Letakkan pencapaian jika ada, contohnya CGPA 3.5 dan ke atas, atau subjek yang relevan.
4. Pengalaman Kerja / Latihan Industri
Kalau anda ada pengalaman walaupun sebentar (seperti kerja part-time, intern, freelance atau bantu perniagaan keluarga), masukkan! Ini tunjuk anda ada inisiatif dan komitmen.
Contoh:
Pembantu Kedai Runcit (Part-time)
Kedai Runcit Aminah, Bangi
Julai 2023 – Disember 2023
- Membantu susun stok dan melayani pelanggan
- Menguruskan pembayaran menggunakan POS system
- Menjaga kebersihan premis
📌 Kalau tiada pengalaman kerja rasmi, masukkan pengalaman sukarelawan, program universiti atau projek yang relevan.
5. Kemahiran / Skills
Senaraikan kemahiran teknikal & kemahiran insaniah (soft skills) yang sesuai dengan kerja yang dipohon.
Contoh kemahiran teknikal:
-
Microsoft Word, Excel & PowerPoint
-
Canva / Adobe Photoshop
-
Media sosial (Facebook, Instagram, TikTok)
-
Sistem POS / e-Invoicing
Contoh soft skills:
-
Komunikasi berkesan
-
Kerja berpasukan
-
Pengurusan masa
-
Fleksibel & mudah belajar
❗ Elakkan senaraikan kemahiran umum yang tidak berkait langsung dengan kerja.
6. Sijil / Pencapaian (Jika Ada)
Kalau anda ada sijil berkaitan latihan, kursus atau pertandingan, masukkan di sini.
Contoh:
-
Sijil Kursus Microsoft Office – Kolej Komuniti Klang
-
Johan Pertandingan Video Pendek Kempen Anti Dadah 2022
-
Sijil Kehadiran Bengkel Resume & Temuduga – JobsMalaysia
7. Rujukan (Reference)
Walaupun sesetengah majikan tidak wajibkan, ada baiknya anda masukkan 2 nama rujukan, terutamanya bekas pensyarah, ketua program, atau majikan tempat latihan industri.
Perlukan bantuan untuk membina resume power anda sendiri yang terkini?
Kami boleh tolong buatkan resume anda!
Klik sini untuk dapatkan khidmat profesional kami dan buka pintu peluang kerjaya anda

Comments
Post a Comment